Sejarah Sekolah

Sejarah SK. Kampong Besut

Sekolah Kebangsaan Kampong Besut  adalah sebuah sekolah lama. Ia ditubuhkan pada tahun 1959. Nama sekolah ini diambil sempena nama kampong di mana ia dibina iaitu Kampong Besut.

Pada Peringkat awal sekolah ini terdiri dari satu blok bangunan dua bilik darjah. Blok bangunan ini masih digunakan sehingga sekarang dan salah satu biliknya telah diubahsuai menjadi kelas Pra Sekolah.

Pada Tahun 1975, satu bangunan dua tingkat telah dibina bagi menampung pertambahan murid. Pada tahun 1980, satu bilik darjah separa batu telah ditambah.

Dalam tahun 1993, satu lot tanaman koko seluas 0.46 hektar telah diambil oleh kerajaan dan dijadikan padang sekolah.

Penghujung tahun 2002, satu bangunan tiga bilik darjah telah didirikan. Dalam tahun 2004, sebuah kantin dan sebuah makmal komputer bertiang siap dibina. Pembinaan seterusnya ialah sebuah makmal sains.

Pada awal Januari 2011, sekolah telah berpindah ke bangunan baru terdiri dari dua blok bangunan tiga tingkat.


Senarai Nama Guru Besar


               Nama Guru Besar                                                  Tempoh Berkhidmat
MOHD ZAHID BIN MAHMOOD                                                     02/1994 - 06/2001
IBRAHIM BIN MOHAMAD                                                            06/2001 - 04/2002
MOHD ZAHID BIN MAHMOOD                                                     04/2002 - 11/2003
YM SYED MARZUKI BIN ENGKU MUDA                                     11/2003 - 12/2004
SHAFIE BIN AWANG                                                                  01/2005 - 12/2010
CHE MUHAMMAD NOR BIN CHE YUSOFF                                  01/2011 - 12/2013
ADZIRAM BIN MOHD RADZI                                                        01/2014 - sekarang

No comments:

Post a Comment

:: SERTAI KAMI ::